Biasanya dalam pemberian nama anak kita tidak sadar kalau nama-nama yang diberikan kadang kala adalah nama yang juga dipakai oleh jin, seperti oleh ustadz Sharhan dalam petikan ceramahnya. 



Antara nama-nama umum yang dikenal tentu digunakan oleh jin adalah seperti : 

Balqis 
Kistina/Qistina 
Najwa 
Zakuan 
Batrisha 
Erisha 
Mazda 


Ustaz Sharhan juga ada berikan tahu bila dah bagi nama-nama seperti ini perlukah untuk pergi jabatan pendaftaran untuk tukar nama? tidak sebenarnya, hanya ganti cara panggilan nama itu. Contoh bila nama Siti Najwa, panggil saja nama Siti.. jangan panggil Najwa. 
Ustaz Sharhan jelaskan, nama seperti di atas memang memiliki maksud yang baik/maksud yang indah, cuma dalam perubatan Islam nama-nama ini sering digunakan oleh jin. � Wallahua�lam 

*) Catatan : Nama-nama ini berdasarkan kajian dan pengalaman Ustaz Sharhan dalam mengendalikan kes dalam Perubatan Islam. 

(UPDATE) 

Ramai yang bertanya apakah benar kenyataan tentang nama-nama anak jin itu? sebab tiada dalam Al-Quran dan Hadis.. Meh dengar apa ustaz Azhar Idrus jawab. 

Memang tidak ada dalam Al-Quran, tetapi sebagai pengamal perubatan Islam (Ustaz Sharhan) dia lebih tahu kerana dia orang yang selalu berurusan dengan jin, mungkin kenyataan beliau benar sebab kita tak ada ilmu berkaitan ini.. beliau lebih arif mengenainya, jadi kita perlulah menghormati pendangan beliau selalu pengamal perubatan Islam. 

Menurut pandangan Ustaz Sharhan lagi lebih kurang 60%-70% orang yang datang berubat terkena penyakit misteri yaitu bernama seperti di atas. 

Kesimpulannya, tidak wajib percaya nama seperti ini tidak baik, namun mungkin betul pandangan pangamal perubatan Islam kerana mereka lebih tahu berkaitan dengan jin. wallahua�lam 

Sumber : nizarazu. com  /  http://portal-tausiah.blogspot.co.id/